BURUH INFORMAL INDONESIA DI SABAH

Maraining, Amrullah and Dollah, Ramli and Othman, Zaini (2015) BURUH INFORMAL INDONESIA DI SABAH. In: 9th International Conference on Malaysia-Indonesia Relations (PAHMI 9) Faculty Of Social Sciences Yogyakarta State University.

[img] Text
Amrullah Maraining ARTIKEL BURUH FULL...ENDNOTE.docx

Download (733kB)

Abstract

Hubungan Malaysia-Indonesia pada umumnya sering kali di ketengahkan dari peringkat makro dengan menampilkan hubungan diplomatik kedua negara menerusi aktiviti perdagangan dua hala kendalian Kuala Lumpur-Jakarta. Agak kurang dihadirkan hubungan di peringkat mikro terutamanya hubungan akrab diperbatasan kedua negara yang terjalin erat menerusi komuniti Tawau-Nunukan yang juga sebenarnya memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan hubungan kedua negara terus utuh. Salah satunya adalah hubungan ekonomi diperbatasan yang terpapar jelas menerusi keberadaan buruh Indonesia dalam ruang sektor informal di Tawau. Buruh yang dimaksudkan bukanlah merujuk kepada buruh Indonesia di sektor perladangan, pembinaan, perkilangan mahupun pembuatan yang sememangnnya diketahui umum mendominasi sektor tersebut selain sering kali menjadi fokus kajian, buruh yang dimaksudkan adalah buruh informal Indonesia yang menjadikan pelabuhan Tawau sebagai lubuk rezeki bagi memenuhi tuntutan ekonomi dengan mengambil upah sebagai buruh angkat barang. Sebenarnya, peranan buruh informal Indonesia ini sangat besar kerana selain menggambarkan eratnya hubungan antara komuniti diperbatasan kedua negara ia juga merupakan tulang belakang kepada kepesatan dan kerancakan perdagangan Barter Trade khususnya Tawau-Nunukan. Sungguhpun keberadaan buruh ini dilihat begitu besar manfaatnyanamun, pada hari ini ekoran perubahan dasar dan pengimplementasian dasar dan peraturan baru dipelabuhan Tawau dan operasi bersepadu Esscom segalanya tampak berubah. Buruh angkat barang Indonesia yang sebelum ini sangat aktif menjadikan pelabuhan Tawau sebagai lubuk rezeki melalui khidmat angkat barang, kini sudah tidak beroperasi lagi. Dalam kata mudah, perhidmatan buruh dipelabuhan Tawau ditamatkan secara langsung perhidmatannya. Penamatan ini seolah–olah menidakkan keperluan buruh yang sebelum ini banyak memudahkan urusan di pelabuhan. Menyedari hakikat bahawa buruh ini juga mempunyai peranannya di pelabuhan, adalah menjadi satu keperluan untuk mengetengahkan kepada orang ramai keberadaan buruh angkat barang yang selama ini kebanyakan kita hanya mendengar tentangnya tetapi tidak tahu tentangnya. Atas keperluan tersebut, makalah ini akan membahaskan keberadaan buruh ini dalam mendepani arus semasa sepanjang keberadaan mereka. Kaedah yang akan digunakan dalam memperolehi data bagi kesempurnaan makalah ini adalah menerusi temubual secara langsung dan pemerhatian di lapangan yang dilakukan di kedua pelabuhan iaitu Pelabuhan Batu dan Pelabuhan Tawau. Bagi memudahkan perbahasan, makalah ini akan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Pertama, akan membahaskan konsep buruh dan pendefinisian sektor formal dan informal bagi memudahkan pemahaman yang lebih jelas berkenaan subjek yang dikaji. kedua, perbahasan diteruskan dengan mengetengahkan keberadaan subjek iaitu buruh informal Indonesia di pelabuhan Tawau secara terperinci merangkumi skop kerja, ruang kerja, upah kerja dan beberapa perkara lain yang juga dibahas dengan lanjut. Ketiga pula, perbahasan makalah ini akan berkisar kepada isu dan cabaran yang dihadapi oleh buruh ini sepanjang menjadi buruh angkat barang di pelabuhan Tawau dan pelabuhan Batu. Keempat, iaitu bahagian akhir sekali adalah kesimpulan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: Ilmu Sosial > Administrasi Negara
Divisions: Fakultas Ilmu Sosial, Hukum dan Ilmu Politik (FISHIPOL) > Administrasi Publik
Depositing User: Admin Administrasi Negara FIS
Date Deposited: 06 Nov 2015 02:19
Last Modified: 06 Nov 2015 02:19
URI: http://eprints.uny.ac.id/id/eprint/28002

Actions (login required)

View Item View Item