Yaacob, Norazlan Hadi (2015) GERAKAN ISLAM DAN PENGLIBATANNYA DALAM POLITIK DI MALAYSIA, 1981-2014: KAJIAN TERHADAP PENDEKATAN ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) DAN JEMAAH ISLAMIYAH MALAYSIA (JIM). In: 9th International Conference on Malaysia-Indonesia Relations (PAHMI 9) Faculty Of Social Sciences Yogyakarta State University.
Text
Norazlan Hadi Yaacob REPAIR YOGJAKARTA.doc Download (134kB) |
Abstract
Islam seringkali menjadi faktor penggerak dalam membentuk perubahan sosial masyarakat Melayu Malaysia. Kebangkitan Islam era 1970-an di Malaysia telah ditandai dengan penyertaan dan pewarnaan dakwah Islamiah oleh beberapa gerakan dakwah Bukan Kerajaan (Non-Governmental Organization - NGO) mahupun gerakan yang bersifat politik. Setiap gerakan ini mempunyai pendekatan tersendiri tentang bagaimana usaha dalam menyedarkan masyarakat Islam khususnya dapat digerakkan dengan cara yang berkesan. Kajian ini bertujuan menganalisis dan membuat perbandingan tentang pendekatan politik yang digunakan oleh gerakan Islam seperti ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) dan JIM (Jemaah Islamiyah Islam) dalam politik demokrasi di Malaysia dalam usaha untuk mendekati sasaran dakwah mereka. Selain itu, peranan dan usaha-usaha penyebaran dakwah oleh gerakan-gerakan ini terutama dalam pendekatan politik mereka dalam berdakwah turut dikaji bagi melihat sumbangannya dalam konteks dakwah kontemporari. Tinjauan mendapati wujud kedinamikan dalam pendekatan politik dalam gerakan Islam Bukan Pemerentah dari segi manhaj dan uslubnya yang tidak jauh berbeza. Walaupun mereka merupakan sebuah pertubuhan Islam, tetapi mereka turut serta dalam arus politik nasional. Ini disebabkan kejayaan dakwah bagi sebuah gerakan Islam bergantung kepada suasana politik semasa. ABIM dan JIM sebagai gerakan Islam utama di Malaysia mempunyai pelbagai pendekatan politik bergantung pada suasana politik ketika itu. Tinjauan mendapati wujud kedinamikan dalam pendekatan politik dalam gerakan Islam Bukan Kerajaan dari segi manhaj dan uslubnya yang tidak jauh berbeza. Kedua-dua pertubuhan juga mempunyai tujuan dan matlamat yang sama iaitu, menyeru umat manusia untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar. Keyword : ABIM, JIM, Politik Malaysia, Demokrasi, Gerakan Islam.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | Ilmu Sosial > Kewarganegaraan dan Hukum |
Divisions: | Fakultas Ilmu Sosial, Hukum dan Ilmu Politik (FISHIPOL) > Pendidikan Kewarganegaraan dan Hukum |
Depositing User: | Admin Pendidikan Kewarganegaraan FIS |
Date Deposited: | 04 Nov 2015 01:34 |
Last Modified: | 04 Nov 2015 01:34 |
URI: | http://eprints.uny.ac.id/id/eprint/27917 |
Actions (login required)
View Item |