KEDAULATAN MALAYSIA DAN UNDANG-UNDANG DALAM KONTEKS PERLAKSANAAN KOMUNITI EKONOMI ASEAN (AEC)

Rahim, Rohani Abdul and bin Hj. Abu Bakar, Kamaruddin KEDAULATAN MALAYSIA DAN UNDANG-UNDANG DALAM KONTEKS PERLAKSANAAN KOMUNITI EKONOMI ASEAN (AEC). In: 9th International Conference on Malaysia-Indonesia Relations (PAHMI 9) Faculty Of Social Sciences Yogyakarta State University.

[img] Text
MuHAMmAD AFIQ TAJUDIN N Rohani JAMINANAN KEDAULATAN.doc

Download (114kB)

Abstract

Pertubuhan Komuniti Ekonomi Asean (AEC) merupakan satu kesepakatan ekonomi serantau untuk memakmurkan dan melonjakkan perkembangan ekonomi di rantau Asia Tenggara. ASEAN mempunyai sumber tenaga manusia yang ramai, kaya dengan khazanah hasil bumi, menjadikan ia suatu rantau yang berpotensi dari segi perkembangan dan kestabilan ekonomi serta berdaya saing. ASEAN telah menarik Pelaburan Langsung Asing (FDI) pada tahun 2013 berjumlah US$122.38 bilion di mana sebanyak US$21.32 bilion adalah pelaburan dari kalangan negara-negara serantau. Dasar pasaran terbuka dan ekonomi bebas serta aliran mobiliti pergerakan manusia yang di permudahkan hampir tanpa sempadan menjadi titik tolak kepada agenda AEC. Keterbukaan dari segi pergerakan modal insan, barangan, modal pelaburan dan sumber alam boleh menimbulkan persoalan keselamatan dan jaminan kedaulatan dan undang-undang Negara sesebuah anggota ASEAN. Dalam kata lain, perlaksanaan blueprint AEC menuntut ketelusan dan perkongsian sejumlah maklumat yang boleh menjejaskan sekuriti dan kedaulatan sesebuah Negara anggota. Kertas kerja ini akan membincangkan beberapa perkara melibatkan (a) kebebasan pergerakan “tanpa sempadan” dan perkongsian maklumat (b) sejauhmana ia boleh menjejas jaminan keselamatan dan kedaulatan Negara dan undang-undang sesebuah Negara, (c) Setakat mana kebebasan ini di benarkan dalam konteks undang-undang keselamatan Malaysia, dan (d) Cadangan bagaimana keselamatan dan kedaulatan Negara dan Undang-Undang boleh di pelihara, dalam merealisasikan usaha meningkatkan ekonomi serantau tanpa menjejas soal-soal politik dan sekuriti negara anggota. Kata Kunci: ASEAN Economic Community (AEC), Kedaulatan Negara dan Undang-Undang, perkongsian maklumat, kebebasan bergerak, sekuriti.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: Ilmu Sosial > Administrasi Negara
Divisions: Fakultas Ilmu Sosial, Hukum dan Ilmu Politik (FISHIPOL) > Administrasi Publik
Depositing User: Admin Administrasi Negara FIS
Date Deposited: 06 Nov 2015 02:38
Last Modified: 06 Nov 2015 02:38
URI: http://eprints.uny.ac.id/id/eprint/28013

Actions (login required)

View Item View Item