Perkembangan Dasar Warisan Negara dan Kesan ke atas Pemeliharaan Warisan di Malaysia (1957-2005)

Sugiura, Naoko and bin Samsudin, Mohd (2015) Perkembangan Dasar Warisan Negara dan Kesan ke atas Pemeliharaan Warisan di Malaysia (1957-2005). In: 9th International Conference on Malaysia-Indonesia Relations (PAHMI 9) Faculty Of Social Sciences Yogyakarta State University.

[img] Text
Naoko Sugiura (UKM) Jurnal Pahmi9.docx

Download (29kB)

Abstract

Warisan adalah identiti yang amat berharga bagi sesebuah negara. Kepentingan warisan menyebabkan semua negara di dunia berusaha memulihara dan memelihara bahan-bahan berkaitan warisan. Bagi menjaga dan memelihara warisan tersebut perlulah ada usaha yang berterusan supaya nilai warisan tersebut dapat dikekalkan kepada generasi yang akan datang. Kertas ini akan membincangkan pembentukan dasar warisan negara di Malaysia bermula dengan Akta Harta Karun 1957, Akta Benda Purba 1976 dan Akta Warisan kebangsaan 2005. Kajian terarah untuk menganalisis cabaran dalam merealisasikan usaha tersebut. Seterusnya kajian dibuat terhadap keberkesanan akta-akta tersebut dalam usaha pemeliharaan warisan di Malaysia. Dalam masa yang sama dasar warisan negara juga penting bagi merangka usaha yang teratur bagi sumbangan warisan dalam pembangunan sosioekonomi Malaysia. Hasil awal kajian mendapati penggubalan akta berkaitan memelihara warisan adalah seiring dengan dasar kerajaan yang mahu menjaga kepentingan masa depan warisan negara. Malahan dengan adanya dasar warisan negara, ianya memberi manfaat dalam pemeliharaan warisan di negeri-negeri di Malaysia Kata kunci: Memulihara, memelihara, pembentukan dasar, sosioekonomi dan kepentingan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: Ilmu Sosial > Sejarah
Divisions: Fakultas Ilmu Sosial, Hukum dan Ilmu Politik (FISHIPOL) > Pendidikan Sejarah
Depositing User: Admin Pendidikan Sejarah FIS
Date Deposited: 29 Oct 2015 01:01
Last Modified: 12 Jan 2017 00:40
URI: http://eprints.uny.ac.id/id/eprint/27719

Actions (login required)

View Item View Item