MOTIF DAN SIMBOLISME DALAM KONTEKS UNTUK MEMAHAMI SOSIOBUDAYA MASYARAKAT NUSANTARA PADA ZAMAN PRASEJARAH DAN PROTOSEJARAH

Josuh, Adnan and Ramli, Zuliskandar (2015) MOTIF DAN SIMBOLISME DALAM KONTEKS UNTUK MEMAHAMI SOSIOBUDAYA MASYARAKAT NUSANTARA PADA ZAMAN PRASEJARAH DAN PROTOSEJARAH. In: 9th International Conference on Malaysia-Indonesia Relations (PAHMI 9) Faculty Of Social Sciences Yogyakarta State University.

[img] Text
Adnan Jusoh et.al REVISED Kertas Kerja PAHMI9_Dr. Adnan Jusoh.docx

Download (2MB)

Abstract

Kertas kerja ini akan menfokuskan tentang lakaran motif dan simbolisme yang dipaparkan pada beberapa material culture (budaya kebendaan) di Nusantara. Tiga jenis material culture yang diteliti adalah berupa artifak ditemui yang di Malaysia mewakili zaman prasejarah dan protosejarah iaitu makara, votive tablet (kalam semah) dan gendang gangsa. Namun apa yang lebih menarik objek jenis ini turut ditemui di beberapa tapak arkeologi di Nusantara sama ada di Jawa, Borneo, Sumatera, Pulau Roti, Serum dan sebagainya. Objektif kertas kerja ini adalah untuk melihat sejauhmana hubungkait motif dan simbolisme yang dipaparkan dan bentuk fizikal pada material culture ini dalam usaha untuk memahami sosiobudaya masyarakat di Nusantara dari zaman prasejarah hingga zaman protosejarah. Justeru itu, untuk menjawab permasalahan tersebut maka kertas kerja ini akan menggunakan kaedah perpustakaan dan kaedah tipologi. Hasil kajian mendapati ketiga-tiga jenis material culture tersebut sangat penting di dalam memberikan maklumat tentang bentuk kepercayaan masyarakat di Nusantara. Misalnya, makara adalah dikaitkan dengan pengaruh dan bentuk kepercayaan masyarakat di Nusantara adalah berasaskan agama dari India iaitu Hindu dan Buddha. Sungguhpun begitu, hasil kajian menunjukkan makara dihasilkan oleh masyarakat tempatan dengan mengunakan batu granit dan diukir dengan pelbagai motif hiasan berupa binatang atau dewa. Hasil kajian juga mendapati votive tablet juga memaparkan pengaruh keagamaan dari India tetapi imej yang dipaparkan jelas menunjukkan ia adalah mewakili agama Buddha. Sungguhpun begitu, penemuan gendang gangsa di Pulau Timbang Dayang, Pulau Banggi, Kudat, Sabah tidak dapat dikaitkan dengan inspirasi agama. Sebaliknya objek ini seringkali dikaitkan dengan aktiviti perdagangan sungguhpun ia memaparkan motif dan simbolisme yang sangat sinonim dengan aspek ritual dan kepercayaan. Pendekkata, ketiga-tiga jenis material culture yang diteliti membawa satu maksud tersirat yang lebih besar iaitu, agama dan kepercayaan bukan hanya membentuk ragam di dalam sosiobudaya tetapi ia juga membawa satu misi yang jelas dalam menyatukan rumpun Melayu. Kata kunci: Simbolisme, motif, makara, votive tablet, gendang gangsa

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: Ilmu Sosial > Sejarah
Divisions: Fakultas Ilmu Sosial, Hukum dan Ilmu Politik (FISHIPOL) > Pendidikan Sejarah
Depositing User: Admin Pendidikan Sejarah FIS
Date Deposited: 28 Oct 2015 07:58
Last Modified: 12 Jan 2017 00:48
URI: http://eprints.uny.ac.id/id/eprint/27702

Actions (login required)

View Item View Item