Intung, Rovina and Rahim, Rohani Abdul and Landa, Azizah and Makanah, Herlina and Ajiman, Reseman (2015) ANCAMAN JENAYAH MELIBATKAN MIGRAN ASING DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT SABAH: SUATU PERSPEKTIF SOSIO-PERUNDANGAN. In: 9th International Conference on Malaysia-Indonesia Relations (PAHMI 9) Faculty Of Social Sciences Yogyakarta State University.
Text
Rovina Intung Revised Teks penuh Seminar PAHMI9.doc Download (113kB) |
Abstract
Lokasi Negeri Sabah yang strategik dan berhampiran negara jiran menyebabkan warga asing berminat untuk bermigrasi ke negeri ini. Dasar ekonomi Negara penerima, iaitu Malaysia, menggalakkan lagi migrasi bagi tujuan pekerjaan dengan membantu memenuhi keperluan keluarga di Negara asal (Republik Indonesia). Oleh itu, kemasukan migran Indonesia ini bertujuan untuk memasuki sektor pekerjaan dengan cepat walaupun kadangkala melanggar undang-undang Malaysia. Perlakuan migrasi ini sering menimbulkan ancaman kepada ekonomi, politik dan kehidupan sosial masyarakat Sabah. Kertas kerja ini mendedahkan punca berlakunya migrasi migran asing di Sabah, ancaman sosial melibatkan jenayah di kalangan migran yang mengancam bukan sahaja kepada rakyatnya tetapi juga kepada pentadbiran negeri Sabah. Keinginan melonjak untuk bekerja di Negeri Sabah menyebabkan ramai migran asing bersedia untuk melanggar pelbagai Undang-Undang Malaysia, meliputi Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Immigresen 1963, Akta Pasport 1966 dan Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupam Migran 2007. Dengan itu, kertas kerja ini memaparkan (a) punca migran asing ber migrasi ke Sabah, (b) masalah perlanggaran undang-undang dan sosial melibatkan migran asing, dan (c) usaha penguatkuasaan perundangan yang di lakukan terhadap perlakuan jenayah melibatkan migran asing di Sabah. Kefahaman mendalam terhadap perkara-perkara ini di harap membolehkan pihak berkuasa yang mengawal sempadan boleh lebih giat dalam membenteras segala bentuk ancaman khususnya yang bersifat jenayah, yang turut menimbulkan kebimbangan masyarakat Sabah tentang apa yang berlaku dalam kehidupan mereka sehari-hari. Kata Kunci: Migran Asing, Jenayah, Penguatkuasaan.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | Ilmu Sosial > Kewarganegaraan dan Hukum |
Divisions: | Fakultas Ilmu Sosial, Hukum dan Ilmu Politik (FISHIPOL) > Pendidikan Kewarganegaraan dan Hukum |
Depositing User: | Admin Pendidikan Kewarganegaraan FIS |
Date Deposited: | 04 Nov 2015 01:47 |
Last Modified: | 04 Nov 2015 01:47 |
URI: | http://eprints.uny.ac.id/id/eprint/27926 |
Actions (login required)
View Item |