Persaingan dan Pertapakan Kuasa-kuasa Eropah di Kepulauan Borneo menjelang Abad ke-18

Ballak, Nararossa Peter and Samsudin, Mohd (2015) Persaingan dan Pertapakan Kuasa-kuasa Eropah di Kepulauan Borneo menjelang Abad ke-18. In: 9th International Conference on Malaysia-Indonesia Relations (PAHMI 9) Faculty Of Social Sciences Yogyakarta State University.

[img] Text
Nararossa Peter Ballak & Mohd Samsudin-Persaingan dan Pertapakan Kuasa.doc

Download (102kB)

Abstract

Semenjak abad ke-15 kuasa-kuasa Eropah mula mencari tanah jajahan di Asia Tenggara. Kedatangan pengembara, pedagang dan syarikat perdagangan telah meneroka jalan ke Timur untuk mencari peluang ekonomi dan wilayah jajahan. Kepulauan Borneo telah menjadi tarikan utama kuasa-kuasa Eropah untuk dijadikan tanah jajahan. Persaingan di antara kuasa-kuasa Eropah bagi memperluaskan pengaruh semakin kuat pada abad ke 17. Menjelang abad ke 18 hanya beberapa kuasa Eropah yang berjaya bertapak di kepulauan Borneo, antaranya Sepanyol, Amerika, Belanda dan British. Kertas ini bertujuan membincangkan persaingan kuasa-kuasa Eropah di Kepulauan Borneo menjelang abad ke-18. Persaingan kuasa telah berlaku di antara kuasa-kuasa Eropah dalam mencapai aspirasi mereka untuk menakluki Kepulauan Borneo dengan melakukan perluasan kuasa, mendapatkan tanah jajahan, menguasai perairan Borneo dan aktiviti perdagangan. Hasil kajian merumuskan bahawa kuasa-kuasa Eropah seperti Sepanyol, Portugis, Amerika, Perancis, Jerman, Belanda dan British bersaing dalam meluaskan kuasa mereka di Kepulauan Borneo. Persaingan tersebut akhirnya mendapati bahawa Belanda dan British berjaya menyingkirkan kuasa-kuasa Eropah yang lain. Belanda bertapak di Kalimantan manakala British di Brunei, Labuan, Borneo Utara dan Sarawak. Justeru, perluasan kuasa melalui mekanisme merkantilisme dan imperialisme menyebabkan British dan Belanda berjaya mendapatkan wilayah-wilayah di Borneo. Kata kunci : Kepulauan Borneo, Kuasa-kuasa Eropah, ekonomi, persaingan dan perluasan kuasa, pertapakan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: Ilmu Sosial > Kewarganegaraan dan Hukum
Divisions: Fakultas Ilmu Sosial, Hukum dan Ilmu Politik (FISHIPOL) > Pendidikan Kewarganegaraan dan Hukum
Depositing User: Admin Pendidikan Kewarganegaraan FIS
Date Deposited: 04 Nov 2015 01:36
Last Modified: 04 Nov 2015 01:36
URI: http://eprints.uny.ac.id/id/eprint/27919

Actions (login required)

View Item View Item