PENGARUH TEORI KELAKUAN PENGUNDIAN DALAM POLITIK PILIHAN RAYA: KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA MALAYSIA DENGAN INDONESIA

Besar, Junaidi Awang and Zain, Mohd Faidz and Mamat, Samsu Adabi and Ghazali, Amer Saifude and Fauzi, Rosmadi and Yusof, Ahmad Rizal Mohd and Boyman, Siti Norafizahhafizah (2015) PENGARUH TEORI KELAKUAN PENGUNDIAN DALAM POLITIK PILIHAN RAYA: KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA MALAYSIA DENGAN INDONESIA. In: 9th International Conference on Malaysia-Indonesia Relations (PAHMI 9) Faculty Of Social Sciences Yogyakarta State University.

[img] Text
Junaidee Awang Besar - Revised 1.doc

Download (440kB)

Abstract

Pilihan raya merupakan salah satu elemen penting bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Negara yang mengamalkan demokrasi ialah negara yang menyerahkan urusan membentuk kerajaan kepada rakyat melalui pilihan raya. Melalui pilihan raya, rakyat diberi hak dan peluang untuk memilih kerajaan pilihan mereka sendiri. Di Malaysia, negara ini mengamalkan sistem pilihan raya First Past The Post manakala Indonesia mengamalkan sistem pilihan raya Proportional List, namun rakyat masih menjadi penentu kepada tampuk pemerintahan di kedua-dua negara tersebut. Kajian ini menggunakan data primer iaitu keputusan pilihan raya (pemilihan umum/PEMILU di Indonesia) di samping data sekunder daripada buku-buku akademik, artikel jurnal, kertas seminar dan persidangan dan juga sumber atas talian. Kertas kerja ini akan membandingkan pengaruh teori kelakuan pengundian antara Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia 2013 dengan pemilihan umum legislatif dan Presiden Indonesia 2014. Bagi keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia pada 5 Mei 2013, Barisan Nasional (BN) telah menang dengan memperoleh 133 kerusi parlimen daripada keseluruhan 222 kerusi yang dipertandingkan. Walau bagaimanapun, jumlah tersebut menurun tujuh kerusi berbanding PRU-12. Bagi keputusan pemilihan umum legislatif Indonesia pada 9 April 2014 pula, Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) pimpinan Megawati Soekarnoputri berjaya mendapati jumlah kerusi Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) terbanyak iaitu 109 kerusi daripada 560 kerusi manakala baki kerusi lain dimenangi parti-parti lain. Pemilihan Presiden (PilPres) Indonesia pada 9 Julai 2014 pula menyaksikan koalisi ‘Indonesia Hebat’ yang menguasai 208 kerusi DPR iaitu gandingan calon Presiden dan Wakil Presiden iaitu Joko Widodo dan Jusuf Kalla menang dengan 53.15 peratus undi popular dengan menewaskan gandingan Prabowo Subianto dan Hatta Rajasa (koalisi Merah Putih yang menguasai 352 kerusi DPR). Justeru, pengundi dalam pilihan raya di Malaysia memilih parti untuk meneraju kawasan masing-masing manakala pengundi di Indonesia memilih calon (faktor sosiologi) sebagai faktor pemilihan dalam pilihan raya legislatif dan pilihan raya presiden. Ini menunjukkan identifikasi parti (di Malaysia) dan faktor sosiologi/calon (di Indonesia) adalah penting dalam menentukan kemenangan calon yang bertanding dalam pilihan raya di kedua-dua negara Asia Tenggara tersebut. Kata Kunci: Pilihan raya, pemilihan umum, teori kelakuan pengundian, Barisan Nasional, Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan, identifikasi parti

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: Ilmu Sosial > Kewarganegaraan dan Hukum
Divisions: Fakultas Ilmu Sosial, Hukum dan Ilmu Politik (FISHIPOL) > Pendidikan Kewarganegaraan dan Hukum
Depositing User: Admin Pendidikan Kewarganegaraan FIS
Date Deposited: 04 Nov 2015 01:25
Last Modified: 04 Nov 2015 01:25
URI: http://eprints.uny.ac.id/id/eprint/27910

Actions (login required)

View Item View Item