Memahami Kesihatan Persekitaran: Kaedah Photovoice Untuk Memahami Faktor Risiko Kejadian Penyakit Malaria di Kawasan Luar Bandar

Mariappan, Kntayya and Peters, Diana and Porodong, Paul and Lunkapis, Gaim and Mapa, Mohd Tahir and Silva, Maureen De and Saudik, Maine (2015) Memahami Kesihatan Persekitaran: Kaedah Photovoice Untuk Memahami Faktor Risiko Kejadian Penyakit Malaria di Kawasan Luar Bandar. In: 9th International Conference on Malaysia-Indonesia Relations (PAHMI 9) Faculty Of Social Sciences Yogyakarta State University.

[img] Text
Kntayya Mariappan, Diana Peters, Paul Porodong, Gaim Lunkapis,-Memahami Kesihatan Persekitaran.doc

Download (3MB)

Abstract

Persekitaran hidup membawa maksud yang luas. Hubungan antara persekitaran dan kesihatan atau apa yang biasa dirujuk sebagai ‘kesihatan persekitaran’ pastinya adalah salah satu daripadanya. Kesihatan persekitaran ini kini telah mendapat perhatian para pengkaji yang cuba memahami bagaimana persekitaran alam fizikal dan sosial yang khusus mungkin menyumbangkan kepada kejadian penyakit tertentu mahupun tahap kesihatan am penduduk yang mendiami kawasan tertentu. Malaria adalah penyakit sebaran haiwan. Salah satu daripadanya, iaitu yang dikenali sebagai ‘Malaria Monyet’ mempunyai potensi kejadian yang lebih tinggi di kawasan luar bandar dan pedalaman. Ini adalah berpunca daripada interaksi atau pendedahan manusia dengan monyet yang lebih kerap di kawasan sedemikian. Penduduk yang mendiami kawasan luar bandar di Pulau Borneo, sama ada di wilayah Malaysia (Sabah dan Sarawak) atau di wilayah Indonesia (Kalimantan) ‘berinteraksi’ dalam kehidupan harian mereka dengan monyet, iaitu antara haiwan yang telah diketahui berkemungkinan membawa parasit penyakit malaria ini. Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk memahami interaksi dan pendedahan manusia kepada monyet (pembawa parasit penyakit malaria). Ini termasuklah usaha baru dengan menggunakan kaedah photovoice. Kertas kerja ini membentangkan tentang potensi penggunaan kaedah photovoice dan limitasinya berasaskan satu kajian di Sabah yang dilakukan untuk memahami interaksi manusia dengan monyet dalam persekitaran kawasan luar Bandar yang mempunyai potensi membawa penyakit malaria dalam kalangan penduduk Kata Kunci: Kesihatan Persekitaran, Kaedah Photovoice, Malaria

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: Ilmu Sosial > Geografi
Divisions: Fakultas Ilmu Sosial, Hukum dan Ilmu Politik (FISHIPOL) > Pendidikan Geografi
Depositing User: Admin Pendidikan Geografi FIS
Date Deposited: 30 Oct 2015 02:26
Last Modified: 30 Oct 2015 02:26
URI: http://eprints.uny.ac.id/id/eprint/27798

Actions (login required)

View Item View Item