KESESUAIAN PERKHIDMTAN KERJA SOSIAL PSIKITRI DARI ASPEK BANTUAN FIZIKAL DI HOSPITAL, MALAYSIA

Aei, Sam Mei and Wahab, Haris Abd and Bakar, Siti Hajar Abu (2015) KESESUAIAN PERKHIDMTAN KERJA SOSIAL PSIKITRI DARI ASPEK BANTUAN FIZIKAL DI HOSPITAL, MALAYSIA. In: 9th International Conference on Malaysia-Indonesia Relations (PAHMI 9) Faculty Of Social Sciences Yogyakarta State University.

[img] Text
Sam Mei Aei Full Paper Sam Mei Aei.docx

Download (31kB)

Abstract

Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesesuaian perkhidmatan kerja sosial psikitri dari aspek bantuan fizikal di hospital, Malaysia. Seramai 30 responden dari pegawai kerja sosial perubatan di negeri Pahang, pegawai kerja sosial perubatan dari hospital swasta, Pesara dan ahli Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia dipilih sebagai responden kajian. Maklumat telah dikumpul secara temu bual dengan menggunakan borang soal selidik dan dianalisis melalui Pakej Statistik Sains Sosial (SPSS). Aspek kesesuaian bantuan fizikal yang dilihat adalah dari aspek bantuan kewangan, bantuan peralatan, penempatan institusi, pendaftaran Orang Kurang Upaya, mendapatkan pekerjaaan, mengesan waris, menguruskan warga asing, mengurus pesakit yang lari dari ward, menguruskan pendaftaran, menjalankan lawatan ke rumah, terlibat dalam Medico Legal, membuat rujukan ke agensi luar, menilai status sosial ekonomi, menguruskan data pesakit, mentadbir kes dan urusan pejabat, bertindak sebagai pegawai laison dan menjalankan kajian. Hasil kajian menunjukan kebanyakkan bantuan fizikal yang disediakan di hospital adalah sesuai iaitu melebihi 70 % . Manakala bagi aspek menguruskan warga asing dan menguruskan pesakit lari dari wad mendapat peratusan kesesuaia yang rendah iaitu 50% dan 63.3 %. Hasil kajian tersebut dijangka dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti perkhidmatan kerja sosial psikiatri yang ditawarkan di hospital Malaysia dan Indonesia. Disamping itu, diharap ia juga dapat mengeratkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia dalam usaha menurunkan bilangan pesakit mental yang kian meningkat. Kata Kunci: Kesesuian, perkhidmatan kerja sosial psikiatri, bantuan fizikal.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: Ilmu Sosial > Pendidikan IPS
Divisions: Fakultas Ilmu Sosial, Hukum dan Ilmu Politik (FISHIPOL) > Pendidikan IPS
Depositing User: Admin Pendidikan IPS FIS
Date Deposited: 30 Oct 2015 01:59
Last Modified: 30 Oct 2015 01:59
URI: http://eprints.uny.ac.id/id/eprint/27785

Actions (login required)

View Item View Item