Kelestarian Komuniti Nelayan Di Mersing, Johor (1970-1980)

Saupi, Mohd Aiman Bin Mohd and Bin Samsudin, Mohd (2015) Kelestarian Komuniti Nelayan Di Mersing, Johor (1970-1980). In: 9th International Conference on Malaysia-Indonesia Relations (PAHMI 9) Faculty Of Social Sciences Yogyakarta State University.

[img] Text
Mohd Aiman Bin Mohd Saupi - Full Paper Submission PAHMI.doc

Download (513kB)

Abstract

Kertas ini bertujuan membincangkan kelestarian komuniti nelayan di Mersing, Johor. Mersing merupakan salah satu kawasan terpenting kegiatan perikanan di Johor. Hal ini kerana bilangan nelayan yang menjalankan aktiviti penangkapan ikan semakin meningkat di mana pada tahun 1970, bilangan nelayan mencatat 2,719 orang dan telah meningkat bilangannya pada tahun 1980 dengan bilangan 3,010 nelayan di Mersing. Manakala dari segi pendaratan ikan pula mencatat 465,838 pikul pada tahun 1970 dan telah meningkat pada tahun 1980 iaitu 501,154 pikul di Johor Timur terdiri daripada Mersing dan Kota Tinggi. Kertas ini berusaha meneliti penglibatan komuniti nelayan dalam aktiviti perikanan di Mersing yang menjadi sumber ekonomi utama. Tujuannya ialah mengesan sejauhmana kelestarian komuniti nelayan menghadapi perubahan atau perkembangan semasa dalam menjalankan aktiviti perikanan di Mersing. Kajian ini menggunakan sumber dokumen seperti data dan laporan yang diperolehi daripada Arkib negara Malaysia Cawangan Johor Bahru, Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia sebagai rujukan artikel ini. Kajian mendapati masyarakat daerah Mersing menjalankan aktiviti perikanan sebelum tahun 1970 hingga ke hari ini dengan penambahan bilangan nelayan dan juga jumlah pendaratan ikan untuk kelangsungan hidup sebagai pekerjaannya sama seperti konsep kelestarian. Kata kunci: Kelestarian, nelayan, Mersing, Johor.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: Ilmu Sosial > Sejarah
Divisions: Fakultas Ilmu Sosial, Hukum dan Ilmu Politik (FISHIPOL) > Pendidikan Sejarah
Depositing User: Admin Pendidikan IPS FIS
Date Deposited: 30 Oct 2015 01:51
Last Modified: 12 Jan 2017 00:41
URI: http://eprints.uny.ac.id/id/eprint/27782

Actions (login required)

View Item View Item