EVOLUSI IDENTITI MELAYU DI KALANGAN KOMUNITI MELAYU THAI DI DATARAN BANGKOK, THAILAND

Meesanthan, Chaiwat and Hussin, Hanafi and Ariff, Mohammad Raduan Mohd EVOLUSI IDENTITI MELAYU DI KALANGAN KOMUNITI MELAYU THAI DI DATARAN BANGKOK, THAILAND. In: 9th International Conference on Malaysia-Indonesia Relations (PAHMI 9) Faculty Of Social Sciences Yogyakarta State University.

[img] Text
Chaiwat N Hanafi Evolusi Identiti Orang Melayu (Full).doc

Download (124kB)

Abstract

Kawasan Dataran Tengah Thailand khususnya kawasan Bangkok menjadi tumpuan pelbagai masyarakat dari pelbagai latar belakang budaya antaranya termasuk komuniti Melayu yang dianggarkan berjumlah seramai 700,000 orang. Orang-orang Melayu ini telah mendiami daerah ini sejak zaman Ayuthaya sekitar abad 13 dan 14 dan jumlahnya semakin meningkat sejak awal zaman Rattanakosin pada abad ke 15 iaitu kesan dari peperangan antara Kerajaan Siam dengan Kerajaan-kerajaan Melayu di daerah Selatan. Sejak zaman Kerajaan Rattanakosin dengan raja yang memerintah bergelar Rama telah memperkenalkan perlbagai dasar pemerintahan yang memberi kesan kepada perjalanan identiti masyarakat Thai termasuk orang-orang Melayu khususnya dasar asimilasi. Sebagai bangsa yang kuat mempertahankan jati diri bangsa, orang-orang Melayu ini walau bagaimanapun mengadaptasikan dasar-dasar yang dikemukakan dan pengubahsuaian identiti berlaku dari semasa ke semasa sepanjang Raja Rama memerintah. Semua yang dilakukan adalah demi survival untuk meneruskan kehidupan di bawah kekuasaan Kerajaan Rattanakosin ini. Kini, dua ratus tiga puluh tahun sudah berlalu, orang-orang Melayu dikatakan masih dapat meneruskan jati diri bangsa Melayu di tengah-tengah kehidupan orang-orang Thai yang merupakan masyarakat majoriti. Kertas ini akan menganalisis evolusi jati diri yang berlaku di kalangan orang-orang Melayu ini yang dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu, identiti yang telah ditinggalkan seperti pakaian tradisioal, identiti yang berasaskan pengadaptasian dasar asimilasi bersama masyarakat majoriti seperti sistem pendidikan agama dan identiti yang masih diteruskan seperti penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian. Kata Kunci: Identiti, asimilasi, evolusi, Melayu dan Bangkok.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: Ilmu Sosial > Pendidikan IPS
Divisions: Fakultas Ilmu Sosial, Hukum dan Ilmu Politik (FISHIPOL) > Pendidikan IPS
Depositing User: Admin Pendidikan IPS FIS
Date Deposited: 30 Oct 2015 01:47
Last Modified: 30 Oct 2015 01:47
URI: http://eprints.uny.ac.id/id/eprint/27780

Actions (login required)

View Item View Item