PINJAMAN YEN KEPADA PROJEK KLIA: KESAN SOSIOEKONOMI DAN PENGAJARAN KEPADA MALAYSIA-INDONESIA

Hassan, Asmadi and Paidi, Rohayati and Huda, Mohd Ikbal Mohd (2015) PINJAMAN YEN KEPADA PROJEK KLIA: KESAN SOSIOEKONOMI DAN PENGAJARAN KEPADA MALAYSIA-INDONESIA. In: 9th International Conference on Malaysia-Indonesia Relations (PAHMI 9) Faculty Of Social Sciences Yogyakarta State University.

[img] Text
Asmadi Hassan, Rohayati Paidi, Mohd Ikbal YEN LOAN TO KLIA - Artikel dan abstrak.doc

Download (3MB)

Abstract

Pada tahun 1994, Kerajaan Malaysia telah menerima 61.518 juta yen untuk memulakan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Lapangan terbang ini terletak di daerah Sepang, Selangor, yang asalnya merupakan ladang kelapa sawit dan kampung-kampung kecil. Projek pembinaan berjaya disiapkan dan mula digunakan pada tahun 1998. Kertas kerja ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu untuk mengkaji kesan pinjaman yen yang merupakan sebahagian dari bantuan seberang laut (ODA) Jepun kepada sosioekonomi kawasan sekitarnya dan kedua, pengajaran yang boleh dipelajari dari pengalaman projek tersebut kepada Malaysia dan Indonesia. Dari segi kesan sosioekonomi, terdapat pembangunan pesat di kawasan sekitar KLIA seperti pertumbuhan bandar baru seperti Bandar Baru Salak Tinggi, Bandar Baru Nilai, Banting, Bandar Enstek dan Cyber Jaya. Begitu juga perumahan baru, sekolah, kompleks membeli-belah serta kemudahan lain seperti Litar Antarabangsa Sepang dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dibina. Jalan-jalan baru yang menghubungkan dengan lapangan terbang turut melengkapkan pembangunan bandar-bandar sekitar KLIA. Dari segi peluang pekerjaan pula, jika sebelum ini penduduk sekitarnya bergantung kepada pertanian kini berubah kepada perniagaan, hospitaliti, perkhidmatan, pengangkutan dan lain-lain. Manakala bahagian kedua tentang pengajaran yang boleh diperolehi dari projek ini mencakupi bagaimana hasil pelaburan yang besar ke atas projek KLIA memberi kesan signifikan kepada penduduk sekitarnya sehingga melahirkan perbandaran moden, pusat perniagaan, pendidikan dan sumber pendapatan baru yang boleh dipelajari oleh kedua-dua buah negara

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: Ilmu Sosial > Sejarah
Divisions: Fakultas Ilmu Sosial, Hukum dan Ilmu Politik (FISHIPOL) > Pendidikan Sejarah
Depositing User: Admin Pendidikan Sosiologi FIS
Date Deposited: 30 Oct 2015 01:34
Last Modified: 12 Jan 2017 00:50
URI: http://eprints.uny.ac.id/id/eprint/27773

Actions (login required)

View Item View Item