Kegiatan Pertubuhan Sukarela Wanita dan Peranannya Terhadap Pembangunan Sosioekonomi Wanita di Sabah (1968-1988)

Aidah binti Hj. Lukin, Siti (2015) Kegiatan Pertubuhan Sukarela Wanita dan Peranannya Terhadap Pembangunan Sosioekonomi Wanita di Sabah (1968-1988). In: 9th International Conference on Malaysia-Indonesia Relations (PAHMI 9) Faculty Of Social Sciences Yogyakarta State University.

[img] Text
Siti Aidah binti Hj. Lukin Kertas Kerja PAHMI - 2015 (1).docx

Download (35kB)

Abstract

Penglibatan wanita dalam kegiatan berpersatuan di Sabah mula dikesan sejak tahun 1950-an lagi menerusi peranan yang dimainkan oleh persatuan-persatuan sosiobudaya pada masa itu yang melibatkan wanita dalam kegiatan persatuan mereka. Pertubuhan sukarela yang mengkhusus kepada wanita pula tumbuh dan berkembang selepas Sabah mencapai kemerdekaan dan bergabung dengan Tanah Melayu, Singapura dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Pada tahun 1968, Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS) iaitu pertubuhan sukarela wanita yang pertama telah ditubuhkan di Sabah, diikuti oleh penubuhan Pertubuhan Wanita Sabah (PEWASA) pada tahun 1976 dan Sabah Women Action Resource Group (SAWO) pada tahun 1985. Kesedaran berpersatuan dalam kalangan wanita Sabah tumbuh dan berkembang sebagai kesan daripada peluang-peluang pendidikan yang mereka nikmati pada tahun 1950-an sehingga selepas merdeka. Di samping itu perkembangan pengaruh gerakan wanita sama ada pada peringkat tempatan mahupun peringkat antarabangsa turut menyemai kesedaran wanita Sabah tentang hak dan tanggung jawab mereka untuk memperjuangkan kepentingan kaum wanita secara kolektif melalui persatuan. Kertas kerja ini cuba memfokuskan perbincangan tentang kegiatan pertubuhan-pertubuhan sukarela wanita dan peranan yang dimainkan oleh pertubuhan-pertubuhan ini dalam pembangunan sosioekonomi wanita di Sabah sejak tahun 1968 sehingga 1988. Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS), Pertubuhan Wanita Sabah (PEWASA), Sabah Women Action Resource Group (SAWO) adalah tiga pertubuhan sukarela wanita yang ditumpukan dalam perbincangan ini. Ketiga-tiga pertubuhan ini mempunyai ciri-ciri yang sama seperti bersifat sukarela, rentas etnik, rentas agama dan budaya, bukan sayap kesatuan sekerja atau parti-parti politik. Peranan pertubuhan-pertubuhan sukarela wanita ini dalam pembangunan sosioekonomi wanita di Sabah dapat dikesan menerusi kegiatan-kegiatan yang dianjurkan oleh pertubuhan-pertubuhan ini dari semasa ke semasa meliputi program-program pembangunan wanita dalam bidang ekonomi, pendidikan dan kesihatan. Selain itu, pertubuhan sukarela wanita berkenaan juga telah bertindak sebagai pendamping kerajaan dalam melaksanakan agenda pembangunan untuk wanita di Sabah khususnya dan Malaysia amnya. Kata kunci: Pertubuhan sukarela wanita, gerakan wanita, pembangunan sosioekonomi wanita

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: Ilmu Sosial > Sosiologi Antropologi
Divisions: Fakultas Ilmu Sosial, Hukum dan Ilmu Politik (FISHIPOL) > Pendidikan Sosiologi
Depositing User: Admin Pendidikan Sosiologi FIS
Date Deposited: 29 Oct 2015 08:47
Last Modified: 12 Jan 2017 00:53
URI: http://eprints.uny.ac.id/id/eprint/27769

Actions (login required)

View Item View Item