PELAKSANAAN PENDIDIKAN SEJARAH DI MALAYSIA 1957 – 1989

Jaafar, Sharipah Aini (2015) PELAKSANAAN PENDIDIKAN SEJARAH DI MALAYSIA 1957 – 1989. In: 9th International Conference on Malaysia-Indonesia Relations (PAHMI 9) Faculty Of Social Sciences Yogyakarta State University.

[img] Text
Sharipah Aini Jaafar Dr Arba'iyah-PAHMI 2015-Pendidikan Sejarah.doc

Download (97kB)

Abstract

Pendidikan Sejarah mula dikenali sebagai mata pelajaran Tawarikh seawal tahun 1918 sehingga tahun 1978 dan kemudiannya dikenali sebagai mata pelajaran Sejarah sehingga kini. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai perubahan telah dilakukan yang mana pada tahun 1989 pendidikan Sejarah telah diangkat sebagai subjek teras di sekolah menengah. Dalam tempoh hampir 32 tahun, pelbagai cabaran telah dihadapi dalam usaha memantapkan pendidikan Sejarah. Oleh yang demikian, kertas kerja ini akan memfokuskan pelbagai sudut cabaran sepanjang pelaksanaan pendidikan Sejarah dari tahun 1957 sehingga 1989. Aspek yang difokuskan adalah cabaran dan langkah pelaksanaan pendidikan Sejarah terutama berkaitan perubahan dasar, halangan dalam pelaksanaan dasar, perubahan kurikulum dan sukatan pendidikan Sejarah, serta persoalan yang melibatkan buku teks. Justeru, aspek-aspek cabaran dalam pelaksanaan pendidikan Sejarah ini yang akan difokus dalam kertas kerja ini untuk memastikan setiap warganya dapat memupuk dan memperkukuh semangat perpaduan serta kesetiaan terhadap negara. Kata Kunci : Pendidikan Sejarah, Kurikulum, Sukatan Pelajaran, Cabaran, Buku Teks

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: Ilmu Sosial > Sejarah
Divisions: Fakultas Ilmu Sosial, Hukum dan Ilmu Politik (FISHIPOL) > Pendidikan Sejarah
Depositing User: Admin Pendidikan Sejarah FIS
Date Deposited: 29 Oct 2015 01:35
Last Modified: 12 Jan 2017 00:50
URI: http://eprints.uny.ac.id/id/eprint/27736

Actions (login required)

View Item View Item