BUDAYA KEPIMPINAN MELAYU SARAWAK : PENILAIANNYA DARI PERSPEKTIF ABANG YUSUF PUTEH

Kasmurie, Awg and Noor, Arba’iyah Mohd and Mansor, Suffian (2015) BUDAYA KEPIMPINAN MELAYU SARAWAK : PENILAIANNYA DARI PERSPEKTIF ABANG YUSUF PUTEH. In: 9th International Conference on Malaysia-Indonesia Relations (PAHMI 9) Faculty Of Social Sciences Yogyakarta State University.

[img] Text
Azian Tahir S.S Kapal Nisero (Final 17 Ogos).docx

Download (5MB)

Abstract

Kertas kerja ini berkaitan dengan penilaian Abang Yusuf Puteh terhadap budaya kepimpinan masyarakat Melayu Sarawak. Abang Yusuf Puteh pernah menjadi wakil rakyat dalam tempoh satu penggal bermula pada tahun 1987 sehingga 1991. Selain itu, beliau juga pernah bertugas dalam perkhidmatan awam negeri untuk dua zaman pentadbiran yang berbeza, iaitu semasa pentadbiran Koloni British (1959-1963) dan setelah pembentukan Malaysia (1963-1985). Pengalaman sepanjang menjalankan tugas-tugas tersebut, telah memberi ruang dan membekalkan maklumat yang berharga kepada beliau untuk menilai budaya kepimpinan dalam kalangan pemimpin Melayu Sarawak dari peringkat kampung sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Pengalaman ini juga telah memberi peluang kepada beliau untuk memperincikan sikap dan corak pentadbiran pemimpin-pemimpin Melayu Sarawak. Budaya kepimpinan yang pincang telah memberi impak terhadap kemajuan masyarakat Melayu Sarawak dan menimbulkan perasaan tidak puas hati di pihak beliau. Kajian berlandaskan buku The Malay Mind, River of Dry Tears, Malay Politics & Perabangan dan sumber daripada akhbar Sarawak Tribune. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan budaya kepimpinan dalam kalangan pemimpin Melayu Sarawak dari perspektif pemikiran Abang Yusuf Puteh. Hasil kajian ini mendapati bahawa budaya kepimpinan yang diamalkan oleh pemimpin Melayu di Sarawak ternyata tergelincir daripada budaya dan ciri-ciri kepimpinan yang dituntut untuk kemakmuran rakyat. Sikap, cara dan corak kepimpinan mereka secara langsung tidak membantu dalam memajukan masyarakat Melayu di Sarawak malah menonjolkan ketidakjujuran dan sikap mementingkan kebendaan. Budaya kepimpinan yang pincang ini menjadi pemangkin kepada ‘ondor rarat’ yang seterusnya telah mengakibatkan kemajuan sukar dicapai sehingga kemiskinan terus mewarnai kehidupan masyarakat Melayu Sarawak. Kesimpulannya, kritikan Abang Yusuf Puteh terhadap budaya kepimpinan Melayu Sarawak, memberikan sumbangan ke arah perubahan dan pembentukan budaya kepimpinan yang positif demi kemajuan rakyat. Kata kunci : Budaya Kepimpinan, Melayu Sarawak, Penilaian, Pemikiran, Perspektif

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: Ilmu Sosial > Sejarah
Divisions: Fakultas Ilmu Sosial, Hukum dan Ilmu Politik (FISHIPOL) > Pendidikan Sejarah
Depositing User: Admin Pendidikan Sejarah FIS
Date Deposited: 28 Oct 2015 08:16
Last Modified: 12 Jan 2017 00:45
URI: http://eprints.uny.ac.id/id/eprint/27706

Actions (login required)

View Item View Item