Tahir, Azian Hj and Noor, Arba'iyah Mohd (2015) Visual Peristiwa Tawanan Kapal S.S. Nisero British di Aceh Menerusi Akhbar ‘The Illustrated London News’. In: 9th International Conference on Malaysia-Indonesia Relations (PAHMI 9) Faculty Of Social Sciences Yogyakarta State University.
Text
Azian Tahir S.S Kapal Nisero (Final 17 Ogos).docx Download (5MB) |
Abstract
Abstrak Kertas kerja ini akan meneliti mengenai laporan visual mengenai peristiwa kapal S.S. Nisero yang tersadai dan ditawan di Aceh. Dalam meneliti hal tersebut, akhbar terkenal ketika itu iaitu ‘The Illustrated London News’ akan digunakan. Fokus perbincangan adalah terhadap Kapal S.S. Nisero yang belayar di bawah bendera British dari Surabaya telah mengalami kerosakan dan tersadai di perairan Sumatera pada 8 November 1885. Hal ini menyebabkan kapal ini telah ditahan di Teunom dan pihak Aceh telah menuntut wang tebusan kerana peristiwa tersebut dikatakan telah mencabuli kedaulatan mereka. Selain itu, kertas ini juga akan membincangkan tentang komplikasi politik yang serius berlaku akibat peristiwa ini terutama hubungan di antara British dengan Belanda sehingga pembebasan tawanan berakhir selepas 10 bulan berikutnya dengan bayaran oleh pihak British. Dengan pembebasan tersebut akhbar ‘The Illustrated London News’ telah memuatkan laporan visual khas mengenai peristiwa tersebut. Sebanyak dua halaman akhbar telah disediakan bagi memberi maklumat kepada masyarakat umum di England. Berita visual ini merangkumi laporan kejadian dari awal sehingga anak kapal tersebut berjaya dibawa pulang ke Pulau Pinang
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | Ilmu Sosial > Sejarah |
Divisions: | Fakultas Ilmu Sosial, Hukum dan Ilmu Politik (FISHIPOL) > Pendidikan Sejarah |
Depositing User: | Admin Pendidikan Sejarah FIS |
Date Deposited: | 28 Oct 2015 08:08 |
Last Modified: | 12 Jan 2017 00:37 |
URI: | http://eprints.uny.ac.id/id/eprint/27705 |
Actions (login required)
View Item |