Masyarakat Banjar di Daerah Kerian: Tradisi Madam dan Penglibatan Dalam Institusi Haji

Baharudin, Aiza Maslan and Yaacob, Norazlan Hadi (2015) Masyarakat Banjar di Daerah Kerian: Tradisi Madam dan Penglibatan Dalam Institusi Haji. In: 9th International Conference on Malaysia-Indonesia Relation (PAHMI 9) Faculty Of Social Sciences Yogyakarta State University.

[img] Text
Aiza Maslan_Norazlan Hadi-PAHMI 19.doc

Download (2MB)

Abstract

Tradisi madam cukup sinonim dengan masyarakat Banjar, sekali gus membuktikan bahawa mereka sememangnya mempunyai kecenderungan yang kuat untuk merantau. Budaya madam atau merantau untuk memperbaiki taraf hidup dan menimba ilmu merupakan amalan yang lumrah bagi masyarakat alamMelayu. Beberapa kajian yang telah dilakukan terhadap masyarakat Banjar di daerah Kerian memaparkan bahawa mereka mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap aktiviti keagamaan, khususnya melibatkan institusi haji dan kecenderungan tersebut masih tegar sehingga kini. Maka tidak mustahil salah satu perkara yang menjadi faktor pendorong penghijrahan mereka ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu adalah untuk mengumpul wang bagi mengerjakan ibadah haji ke Tanah Suci Makkah. Penelitian terhadap sejarah pengerjaan haji di Malaysia jelas menunjukkan bahawa masyarakat Banjar merupakan antara kelompok terbesar jemaah haji yang mengerjakan ibadah tersebut saban tahun. Penglibatan mereka bukan hanya sebagai jemaah haji, tetapi sebahagian daripada mereka turut terlibat sebagai sheikh haji yang merupakan penggerak utama industri berkenaan sebelum tertubuhnya Sistem Muassasah. Perkara tersebut secara tidak langsung menunjukkan peri pentingnya peranan yang dimainkan oleh masyarakat Banjar dalam sejarah haji di Malaysia. Kata kunci: Haji, masyarakat Banjar, tradisi madam, daerah Kerian.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: Ilmu Sosial > Sejarah
Divisions: Fakultas Ilmu Sosial, Hukum dan Ilmu Politik (FISHIPOL) > Pendidikan Sejarah
Depositing User: Admin Pendidikan Sejarah FIS
Date Deposited: 28 Oct 2015 08:05
Last Modified: 12 Jan 2017 00:55
URI: http://eprints.uny.ac.id/id/eprint/27704

Actions (login required)

View Item View Item