ASAL USUL PERKHIDMATAN AWAM DAN SISTEM PENTADBIRAN DI TANAH MELAYU : KAJIAN TERHADAP PERKEMBANGAN AWAL DI PULAU PINANG

Jaffri, Ahmad and Mohd, - (2015) ASAL USUL PERKHIDMATAN AWAM DAN SISTEM PENTADBIRAN DI TANAH MELAYU : KAJIAN TERHADAP PERKEMBANGAN AWAL DI PULAU PINANG. In: 9th International Conference on Malaysia-Indonesia Relations (PAHMI 9) Faculty Of Social Sciences Yogyakarta State University.

[img] Text
ahmad_Jaffri-Full-paper-Pahmi-9.doc

Download (176kB)

Abstract

Sistem pentadbiran moden dan perkhidmatan awam di Malaysia bermula pada abad ke-19 melalui penjajahan kolonial British. Sebagaimana negara-negara bekas jajahan British yang mencapai kemerdekaan mulai pertengahan abad ke-20 dan sekitar selepas Perang Dunia Kedua, sistem tersebut telah diserap menjadi sebahagian daripada corak tadbir urus kerajaan sejak tercapainya kemerdekaan sehingga ke hari ini. Sesuai dengan kedudukannya sebagai sistem yang berasal dari Britain, sistem yang diwarisi itu tidak bersifat lahir dari jati diri Asia Tenggara amnya dan Tanah Melayu khususnya. Sebaliknya ciri-ciri sistem tadbir urus dan perkhidmatan awam itu sarat dengan ciri-ciri Barat. Kertas ini akan membincangkan asal usul dan perkembangan awal sistem pentadbiran dan institusi perkhidmatan awam di Tanah Melayu dan kesannya ke atas negeri-negeri Melayu. Antara perkara yang dikaji ialah sejauhmana kepentingan dasar penjajahan dan penguasaan ekonomi Tanah Melayu telah mempengaruhi perkembangan awal sistem pentadbiran di Tanah Melayu. Katakunci : Perkhidmatan awam, tadbir urus, pentadbiran, Malaysia, Malaya Tema: Sejarah Pentadbiran dan Perkhidmatan Awam

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: Ilmu Sosial > Sejarah
Divisions: Fakultas Ilmu Sosial, Hukum dan Ilmu Politik (FISHIPOL) > Pendidikan Sejarah
Depositing User: Admin Pendidikan Sejarah FIS
Date Deposited: 28 Oct 2015 08:01
Last Modified: 12 Jan 2017 00:49
URI: http://eprints.uny.ac.id/id/eprint/27703

Actions (login required)

View Item View Item