Dollah, Ramli and Abdullah, Mohd Kamarulnizam (2015) PEMBANGUNAN EKONOMI DAN KRISIS TENAGA KERJA DI MALAYSIA: Geneologi Tenaga Kerja Asing di Sabah. In: 9th International Conference on Malaysia-Indonesia Relations (PAHMI 9) Faculty Of Social Sciences Yogyakarta State University.
Text
Ramli Dollah N Mohamad Kamarulnizam PEMBANGUNAN EKONOMI DAN KRISIS TENAGA KERJA DI MALAYSIA1.doc Download (146kB) |
Abstract
Sabah pada hari ini dianggap sebagai negeri yang paling banyak menerima kehadiran pendatang dan pekerja asing di Malaysia. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan kepada penduduk dan juga ahli-ahli politik di negeri ini. Namun, situasi dan masalah pendatang asing dan tenaga kerja asing di Sabah seperti yang menjadi perbualan hangat pada hari ini tidak boleh difahami hanya dengan melihat kepada perkembangan yang berlaku kebelakangan ini. Ini kerana ia perlu melihat kepada proses pembangunan ekonomi di Sabah dan keperluan tenaga kerja yang mendesak di negeri Sabah sejak beberapa dekad. Oleh itu, artikel ini cuba untuk melihat geneologi dasar pekerja asing di negeri Sabah dengan memfokuskan kepada pembangunan ekonomi negeri Sabah dan krisis kekurangan tenaga kerja di negeri ini sejak negeri ini di bawah pentadbiran penjajah sehinggalah ke hari ini. Dalam hal ini, walaupun beberapa usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan (sama ada kerajaan persekutuan dan negeri) serta inisiatif swasta, namun masalah krisis kekurangan tenaga kerja ini masih menjadi hambatan utama kepada pembangunan ekonomi negeri Sabah. Oleh itu, apabila negeri Sabah ingin bergerak menjadi sebuah negeri maju setanding dengan negeri-negeri di Semenanjung, isu kekurangan tenaga kerja menjadi penghalang yang utama kepada hal ini. Dengan kata lain, pembangunan dan modenesasi ekonomi negeri Sabah tidak akan dapat dilaksanakan tanpa tenaga kerja asing di negeri ini, terutamanya pekerja asing Indonesia. Katakunci: Pekerja Asing, Ekonomi, Sabah, Indonesia, Malaysia.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | Ilmu Sosial > Pendidikan IPS |
Divisions: | Fakultas Ilmu Sosial, Hukum dan Ilmu Politik (FISHIPOL) > Pendidikan IPS |
Depositing User: | Admin Pendidikan IPS FIS |
Date Deposited: | 30 Oct 2015 01:52 |
Last Modified: | 30 Oct 2015 01:52 |
URI: | http://eprints.uny.ac.id/id/eprint/27783 |
Actions (login required)
View Item |