Lumbung Pustaka UNY: No conditions. Results ordered -Date Deposited. 2024-03-29T09:54:38ZEPrintshttp://eprints.uny.ac.id/apw_template/images/sitelogo.pnghttps://eprints.uny.ac.id/2015-10-30T02:26:51Z2015-10-30T02:26:51Zhttp://eprints.uny.ac.id/id/eprint/27798This item is in the repository with the URL: http://eprints.uny.ac.id/id/eprint/277982015-10-30T02:26:51ZMemahami Kesihatan Persekitaran: Kaedah Photovoice Untuk Memahami Faktor Risiko Kejadian Penyakit Malaria di Kawasan Luar BandarPersekitaran hidup membawa maksud yang luas. Hubungan antara persekitaran dan kesihatan atau apa yang biasa dirujuk sebagai ‘kesihatan persekitaran’ pastinya adalah salah satu daripadanya. Kesihatan persekitaran ini kini telah mendapat perhatian para pengkaji yang cuba memahami bagaimana persekitaran alam fizikal dan sosial yang khusus mungkin menyumbangkan kepada kejadian penyakit tertentu mahupun tahap kesihatan am penduduk yang mendiami kawasan tertentu. Malaria adalah penyakit sebaran haiwan. Salah satu daripadanya, iaitu yang dikenali sebagai ‘Malaria Monyet’ mempunyai potensi kejadian yang lebih tinggi di kawasan luar bandar dan pedalaman. Ini adalah berpunca daripada interaksi atau pendedahan manusia dengan monyet yang lebih kerap di kawasan sedemikian. Penduduk yang mendiami kawasan luar bandar di Pulau Borneo, sama ada di wilayah Malaysia (Sabah dan Sarawak) atau di wilayah Indonesia (Kalimantan) ‘berinteraksi’ dalam kehidupan harian mereka dengan monyet, iaitu antara haiwan yang telah diketahui berkemungkinan membawa parasit penyakit malaria ini. Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk memahami interaksi dan pendedahan manusia kepada monyet (pembawa parasit penyakit malaria). Ini termasuklah usaha baru dengan menggunakan kaedah photovoice. Kertas kerja ini membentangkan tentang potensi penggunaan kaedah photovoice dan limitasinya berasaskan satu kajian di Sabah yang dilakukan untuk memahami interaksi manusia dengan monyet dalam persekitaran kawasan luar Bandar yang mempunyai potensi membawa penyakit malaria dalam kalangan penduduk
Kata Kunci: Kesihatan Persekitaran, Kaedah Photovoice, MalariaKntayya MariappanDiana PetersPaul PorodongGaim LunkapisMohd Tahir MapaMaureen De SilvaMaine Saudik