Lumbung Pustaka UNY: No conditions. Results ordered -Date Deposited. 2024-03-29T10:02:45ZEPrintshttp://eprints.uny.ac.id/apw_template/images/sitelogo.pnghttps://eprints.uny.ac.id/2015-11-04T01:25:01Z2015-11-04T01:25:01Zhttp://eprints.uny.ac.id/id/eprint/27910This item is in the repository with the URL: http://eprints.uny.ac.id/id/eprint/279102015-11-04T01:25:01ZPENGARUH TEORI KELAKUAN PENGUNDIAN DALAM POLITIK PILIHAN RAYA: KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA MALAYSIA DENGAN INDONESIAPilihan raya merupakan salah satu elemen penting bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Negara yang mengamalkan demokrasi ialah negara yang menyerahkan urusan membentuk kerajaan kepada rakyat melalui pilihan raya. Melalui pilihan raya, rakyat diberi hak dan peluang untuk memilih kerajaan pilihan mereka sendiri. Di Malaysia, negara ini mengamalkan sistem pilihan raya First Past The Post manakala Indonesia mengamalkan sistem pilihan raya Proportional List, namun rakyat masih menjadi penentu kepada tampuk pemerintahan di kedua-dua negara tersebut. Kajian ini menggunakan data primer iaitu keputusan pilihan raya (pemilihan umum/PEMILU di Indonesia) di samping data sekunder daripada buku-buku akademik, artikel jurnal, kertas seminar dan persidangan dan juga sumber atas talian. Kertas kerja ini akan membandingkan pengaruh teori kelakuan pengundian antara Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia 2013 dengan pemilihan umum legislatif dan Presiden Indonesia 2014. Bagi keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia pada 5 Mei 2013, Barisan Nasional (BN) telah menang dengan memperoleh 133 kerusi parlimen daripada keseluruhan 222 kerusi yang dipertandingkan. Walau bagaimanapun, jumlah tersebut menurun tujuh kerusi berbanding PRU-12. Bagi keputusan pemilihan umum legislatif Indonesia pada 9 April 2014 pula, Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) pimpinan Megawati Soekarnoputri berjaya mendapati jumlah kerusi Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) terbanyak iaitu 109 kerusi daripada 560 kerusi manakala baki kerusi lain dimenangi parti-parti lain. Pemilihan Presiden (PilPres) Indonesia pada 9 Julai 2014 pula menyaksikan koalisi ‘Indonesia Hebat’ yang menguasai 208 kerusi DPR iaitu gandingan calon Presiden dan Wakil Presiden iaitu Joko Widodo dan Jusuf Kalla menang dengan 53.15 peratus undi popular dengan menewaskan gandingan Prabowo Subianto dan Hatta Rajasa (koalisi Merah Putih yang menguasai 352 kerusi DPR). Justeru, pengundi dalam pilihan raya di Malaysia memilih parti untuk meneraju kawasan masing-masing manakala pengundi di Indonesia memilih calon (faktor sosiologi) sebagai faktor pemilihan dalam pilihan raya legislatif dan pilihan raya presiden. Ini menunjukkan identifikasi parti (di Malaysia) dan faktor sosiologi/calon (di Indonesia) adalah penting dalam menentukan kemenangan calon yang bertanding dalam pilihan raya di kedua-dua negara Asia Tenggara tersebut.
Kata Kunci: Pilihan raya, pemilihan umum, teori kelakuan pengundian, Barisan Nasional, Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan, identifikasi partiJunaidi Awang BesarMohd Faidz ZainSamsu Adabi MamatAmer Saifude GhazaliRosmadi FauziAhmad Rizal Mohd YusofSiti Norafizahhafizah Boyman