TY - CONF Y1 - 2015/// N2 - Isu pemerdagangan orang dan penyeludupan migran tidak sah di Malaysia merupakan satu jenayah merentas sempadan yang semakin menimbulkan situasi yang membimbangkan. Istilah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran juga sering menjadi kekeliruan kepada masyarakat umumnya. Perbezaan istilah dan pemahaman isu ini perlu di kenalpasti dan penting dalam memberi layanan dan perlindungan undang-undang yang sewajarnya kepada mangsa pemerdagangan atau penyeludupan orang di Malaysia. Selain itu, hak buruh paksa sebagai pekerja sering terlepas pandang oleh pihak berkuasa kerana status mereka sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Menyukarkan lagi keadaan apabila perundangan negara khasnya Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 [Akta 670] juga tidak menyatakan dengan jelas tafsiran dalam akta tersebut. Berdasarkan kes-kes yang diputuskan mahkamah Malaysia, didapati mahkamah mentafsir sesuatu keadaan sebagai ?pemerdagangan orang? berdasarkan tujuan dan bentuk eksploitasi yang digariskan dalam akta tersebut. Kertas kerja ini membincangkan pendekatan yang digunakan oleh Undang-undang Antarabangsa dan Undang-undang Malaysia dalam aspek penguatkuasaan, di samping itu dapat memperluaskan pentafsiran maksud pemerdagangan orang dan penyeludupan migran seiring dengan era globalisasi. Pengetahuan dan kesedaran yang kurang mengenai pengeksploitasian yang berlaku ke atas diri mangsa sendiri menyukarkan lagi proses pendakwaan dilakukan ke atas pesalah pemerdagangan orang. Oleh itu, kajian yang dilakukan ini bukan sahaja mengkaji isu-isu yang timbul akibat kekaburan pentafsiran pemerdagangan orang dalam perundangan Malaysia malah cuba menarik perhatian pihak berkuasa dan masyarakat agar lebih peka terhadap isu ini. Usaha yang menggunakan kaedah penguatkuasaan yang berkesan boleh membantu pihak berkuasa menguatkuasakan ATIPSOM,2007 dengan lebih berkesan. Kata Kunci: Pencegahan, Pemerdagangan orang dan Penyeludupan Migran, Perundangan A1 - Ajiman, Reseman A1 - Rahim, Rohani Abdul A1 - Landa, Azizah A1 - Intung, Rovina A1 - Makanah, Herlina AV - public TI - PENCEGAHAN PEMERDAGANGAN ORANG DAN PENYELUDUPAN MIGRAN DI MALAYSIA: PENGUATKUASAAN DAN PERUNDANGAN. ID - UNY28015 T2 - 9th International Conference on Malaysia-Indonesia Relations (PAHMI 9) Faculty Of Social Sciences Yogyakarta State University UR - http://eprints.uny.ac.id/28015/ ER -