%0 Conference Paper %A Makanah, Herlina %A Rahim, Rohani Abdul %A Intung, Rovina %A Landa, Azizah %A Ajiman, Reseman %B 9th International Conference on Malaysia-Indonesia Relations (PAHMI 9) Faculty Of Social Sciences Yogyakarta State University %D 2015 %F UNY:28007 %T PENGANIAYAAN TERHADAP ”PEKERJA” MIGRAN ORANG MUDA INDONESIA DI SABAH %U http://eprints.uny.ac.id/28007/ %X Isu pengabaian hak, penganiayaan pekerjaan dan pengeksploitasian terhadap pekerja orang muda bukanlah fenomena baru. Menurut perundangan, seseorang migran yang tidak mencapai umur 21 tahun tidak dibenarkan mendaftar sebagai pekerja migran. Namun begitu di Sabah, orang muda diambil bekerja tanpa mengira dari mana asal mereka. Hakikat bahawa mereka dieksploitasi menimbulkan kemungkinan mereka boleh dikategorikan sebagai mangsa pemerdagangan orang atau diseludup masuk ke Sabah oleh agen-agen penyeludup. Sebaliknya, globalisasi mempengaruhi perkembangan ekonomi dan ini membuka peluang pekerjaan termasuk bagi golongan orang muda Indonesia. Di sebab perbezaan umur, gender serta etnik, orang muda sering dianiaya dan dieksploitasikan, bukan sahaja oleh majikan, malah oleh orang tengah (agen) yang membawa mereka masuk ke Sabah. Bersempadan dengan Indonesia, Filipina dan Brunei menjadikan Sabah menarik kepada pekerja migran orang muda khususnya daripada Indonesia. Peluang-peluang pekerjaan terbuka luas dalam pelbagai sektor. Justeru itu, pelbagai bentuk pekerjaan melibatkan orang muda dan kanak-kanak ditawarkan oleh majikan dengan upah yang kurang. Masalah kemiskinan dan keinginan untuk berdikari menjadikan orang muda migran Indonesia terperangkap dan dipaksa melakukan kerja-kerja yang bersifat penganiayaan dan eksploitasi terhadap mereka. Mereka melakukan pekerjaan yang tidak sesuai dengan umur, keupayaan tenaga, dan diberi upah lebih kecil daripada pekerja dewasa. Akibatnya, mereka didiskriminasi kerana tidak diberikan kesamarataan upah, bayaran kerja lebih masa, faedah kesihatan dan sebagainya. Ini disebabkan perundangan tidak menyatakan dengan jelas tentang persoalan diskriminasi sehingga wujud tafsiran berbeza berkaitan hak-hak orang muda dalam pekerjaan. Ini mewujudkan konflik dalam menentukan umur pekerjaan melibatkan orang muda, kanak-kanak dan dewasa yang dinyatakan dalam pelbagai Akta. Dengan itu, kertas kerja ini akan membincangkan masalah pekerja migran orang muda Indonesia di Sabah, bentuk-bentuk penganiayaan dan diskriminasi yang dialami mereka serta langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa dalam melindungi dan mencegah perlakuan viktimisasi dan eksploitasi oleh agen dan majikan tempatan. Kata kunci: Orang Muda, Migran, Pekerjaan, Viktimisasi