%T PERGERAKAN BEBAS PEKERJA MIGRAN DALAM PENYEDIAAN KHIDMAT BAGI MENJANA EKONOMI KOMUNITI ASEAN: ISU DAN IMPLIKASI PERUNDANGAN MALAYSIA. %L UNY27922 %D 2015 %A Rohani Abdul Rahim %A Salawati Mat Basir %A Muhammad Afiq Ahmad Tajuddin Azizah Landa %A Herlina Makanah %A Reseman Ajiman %A Rovina Intung %X Pekerja migran memainkan peranan besar dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi di rantau ASEAN. Dalam mengharapkan situasi “menang-menang”, pekerja migran sering terkecewa dengan pelbagai isu dan cabaran yang membelenggu kehidupan mereka sebagai pekerja migran. Polisi dan perundangan di Negara asal dan Negara destinasi sering menghadkan keupayaan mereka untuk bergerak bebas (free-flow) sesuai dengan perancangan Blueprint ASEAN dalam usaha mentransformasi ASEAN sebagai rantau yang bebas dari segi pergerakan barangan, servis, pelaburan, pekerja mahir dan pergerakan modal yang lebih bebas. Penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) menghendaki ASEAN untuk bertindak secara “an open, outward-looking, inclusive, and market-driven economy consistent with multilateral rules as well as adherence to rules-based systems for effective compliance and implementation of economic commitments.” Walaupun banyak yang di digariskan dalam usaha menggerakan AEC namun perlaksanaannya memerlukan penghayatan yang lebih jujur dan telus bagi membolehkan semua Negara ASEAN saling bekerjasama bagi melancarkan apa yang di rancang. Pada masa yang sama, perbezaan perundangan dan kedaulatan masing-masing Negara boleh menjadi suatu cabaran besar kepada ASEAN untuk menggerakkan AEC. Kertas kerja ini akan meneliti pelbagai masalah dan cabaran yang di hadapi oleh pekerja migran dalam usaha mendapatkan pekerjaan, bagaimana mereka terperangkap dengan pelbagai ancaman dan eksploitasi, masalah-masalah di tempat kerja dan setakatmana perundangan Malaysia mengatasi permasalahan hak dan tanggungjawab majikan dalam memastikan pekerja migran di jaga kebajikan mereka sesuai dengan penglibatan mereka dalam merealisasikan Komuniti Ekonomi ASEAN. Kata Kunci: Pekerja Migran, Pergerakan Bebas, Komuniti Ekonomi ASEAN, Perundangan