relation: http://eprints.uny.ac.id/27734/ title: Konsep Sempadan Negeri-negeri Melayu Sebelum dan Selepas Kedatangan British creator: Rasidi, Shuwaibah subject: Sejarah description: Konsep sempadan di rantau Asia Tenggara termasuk Negeri-negeri Melayu (NNM) berbeza dengan konsep sempadan menurut pandangan Barat. Dari sudut bahasa perkataan sempadan merujuk kepada batas, garisan, takat dan had yang membabitkan daerah, negeri, kawasan dan lain-lain. Hasil kajian mendapati bahawa sebelum abad ke 19 didapati tiada garis sempadan yang bersifat tetap dan nyata di NNM. Sempadan sesebuah negeri atau kerajaan lazimnya boleh berkembang dan menguncup bergantung kepada kekuatan dan kelemahan negeri atau kerajaan itu sendiri. Misalnya sesebuah negeri atau kerajaan berkembang apabila pemerintah berupaya menguasai kaum kerabat, para pembesar, rakyat jelata, hasil mahsul negeri dan laluan perdagangan. Namun konsep tradisional ini ternyata amat berbeza dengan pendekatan yang diambil oleh barat. Sehubungan itu kajian ini bertujuan meninjau sejauhmana perbezaan konsep sempadan negeri di NNM sebelum dan selepas kedatangan British. Untuk mencapai tujuan tersebut, kajian ini akan melihat konsep sempadan negeri dari sudut pandangan tradisional dan kaca mata barat. Seterusnya kajian ini juga akan menilai sejauh mana campur tangan British di NNM memberi kesan dalam penetapan sempadan antara negeri melalui konsep sempadan yang diketengahkan oleh British. Kajian ini adalah bersifat kualitatif dengan merujuk kepada sumber-sumber dari medium perpustakaan seperti penelitian terhadap sumber pertama daripada rekod-rekod British dalam bentuk mikrofilem, fail serta naskah-naskah Melayu. Manakala sumber kedua pula terdiri daripada buku, jurnal, makalah ilmiah, tesis dan kumpulan kertas kerja pembentangan. Kajian ini merupakan satu kajian asli yang akan menyumbang kepada kajian-kajian akan datang terutama merujuk kepada persoalan sempadan. Kata Kunci: Konsep, sempadan , negeri, NNM, British. date: 2015 type: Conference or Workshop Item type: NonPeerReviewed format: text language: en identifier: http://eprints.uny.ac.id/27734/1/Shuwaibah-Konsep%20Sempadan%20NNM.doc identifier: Rasidi, Shuwaibah (2015) Konsep Sempadan Negeri-negeri Melayu Sebelum dan Selepas Kedatangan British. In: 9th International Conference on Malaysia-Indonesia Relations (PAHMI 9) Faculty Of Social Sciences Yogyakarta State University.