TY - CONF UR - http://eprints.uny.ac.id/27719/ AV - public TI - Perkembangan Dasar Warisan Negara dan Kesan ke atas Pemeliharaan Warisan di Malaysia (1957-2005) ID - UNY27719 T2 - 9th International Conference on Malaysia-Indonesia Relations (PAHMI 9) Faculty Of Social Sciences Yogyakarta State University A1 - Sugiura, Naoko A1 - bin Samsudin, Mohd Y1 - 2015/// N2 - Warisan adalah identiti yang amat berharga bagi sesebuah negara. Kepentingan warisan menyebabkan semua negara di dunia berusaha memulihara dan memelihara bahan-bahan berkaitan warisan. Bagi menjaga dan memelihara warisan tersebut perlulah ada usaha yang berterusan supaya nilai warisan tersebut dapat dikekalkan kepada generasi yang akan datang. Kertas ini akan membincangkan pembentukan dasar warisan negara di Malaysia bermula dengan Akta Harta Karun 1957, Akta Benda Purba 1976 dan Akta Warisan kebangsaan 2005. Kajian terarah untuk menganalisis cabaran dalam merealisasikan usaha tersebut. Seterusnya kajian dibuat terhadap keberkesanan akta-akta tersebut dalam usaha pemeliharaan warisan di Malaysia. Dalam masa yang sama dasar warisan negara juga penting bagi merangka usaha yang teratur bagi sumbangan warisan dalam pembangunan sosioekonomi Malaysia. Hasil awal kajian mendapati penggubalan akta berkaitan memelihara warisan adalah seiring dengan dasar kerajaan yang mahu menjaga kepentingan masa depan warisan negara. Malahan dengan adanya dasar warisan negara, ianya memberi manfaat dalam pemeliharaan warisan di negeri-negeri di Malaysia Kata kunci: Memulihara, memelihara, pembentukan dasar, sosioekonomi dan kepentingan. ER -