@inproceedings{UNY27718, year = {2015}, author = {Norhayati Ab Rahman}, title = {Peranan Sastera Dalam Hubungan Dua Hala Malaysia- Indonesia: Analisis Keberkesanannya}, booktitle = {9th International Conference on Malaysia-Indonesia Relations (PAHMI 9) Faculty Of Social Sciences Yogyakarta State University}, url = {http://eprints.uny.ac.id/27718/}, abstract = {Hubungan Malaysia-Indonesia merupakan satu hubungan tradisi yang diasaskan kepada nilai sepunya dari sudut rumpun bangsa yang sama, persamaan budaya dan agama. Dari segi sejarah, tamadun Melayu yang telah wujud di rantau ini merupakan kesinambungan tamadun-tamadun yang telah terbentuk di kedua-dua buah negara. Kegemilangan kerajaan-kerajaan Melayu seperti kerajaan Srivijaya, Majapahit, Melaka, Johor Lama, Perlak dan Pasai menjadi penanda aras penting bagi menilai pencapaian dan kegemilangan tamadun Melayu pada zaman tersebut. Namun demikian penyatuan ini telah ?retak? berikutan termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824 yang sekaligus memisahkan tamadun Melayu menjadi entiti politik yang berbeza akibat perencanaan dua kuasa penjajah. Strategi yang dilaksanakan oleh pihak British dan Belanda ke atas Malaysia dan Indonesia adalah berasaskan kepentingan ekonomi dan geo-strategik mereka. Perjanjian ini juga merupakan sebahagian daripada agenda ?pecah dan perintah? (divide and rule) pihak Barat ke atas alam Melayu ini. Sebagai bangsa serumpun yang mempunyai banyak persamaan budaya dan bahasa, negara serumpun seperti Malaysia-Indonesia, memiliki ikatan pesaudaraan yang sangat erat sejak sekian lama. Walau bagaimanapun, hubungan kedua negara ini seringkali pula menjadi kompleks dan ditanggapi serta difahami secara emosional. Hal ini terjadi disebabkan sikap kebanyakan masyarakat yang lebih banyak dipengaruhi oleh pemahaman lama yang statik tentang Malaysia-Indonesia sebagai negara serumpun yang memiliki banyak persamaan nilai-nilai, khususnya dari segi bahasa dan budaya. Juga terkait dengan situasi semasa di Malaysia yang berhubungan dengan isu-isu sosio-politik yang berlarutan. Dari segi homogeneous, identiti kolektik Malaysia dan Indonesia adalah paling relevan dan teguh. Kedua negara memiliki sejarah, budaya, hubungan kekerabatan dan famili yang cukup kuat. Justeru, Joseph Chianyong Liow dalam bukunya The Politics of Indonesia-Malaysia Relations: One Kin, Two Nations (2004) merujuk kedua negara dengan istilah ?One Kin, Two Nations?. Kesamaan yang ada itu menyebabkan hubungan kedua negara sering disebut dengan frasa ?hubungan dua negara serumpun?, ?hubungan abang-adik? dan ?hubungan dalam suka dan duka?. Kedua-dua negara mempunyai akar sejarah kerajaan yang sama, kemudian karya-karya sastera yang juga hampir sama. Persamaan budaya antara orang Melayu di kedua-dua negara paling terasa di hampir semua daerah Melayu, dan di daerah-daerah Indonesia seperti yang dapat dikesan di Sumatera, Riau, Sulawesi, Kalimantan dan daerah-daerah lain di Indonesia. Masyarakat Malaysia berketurunan Indonesia juga ramai yang menjadi warga negara dan menjadi orang penting di Malaysia. Dalam bidang sastera, hal ini tidak dapat disangkal, malahan tampak jelas akan adanya keterikatan tersebut. Sastera, sebagai sebahagian daripada produk budaya suatu bangsa, dilihat memiliki peranan paling unik dalam hubungan dua serumpun itu. Meskipun jalur perkembangan kesusasteraan di dua negara serumpun itu tidak sama, namun tautan budaya tidak dapat dielakkan sama sekali. Hikayat-hikayat lama juga menceritakan satu kawasan Melayu yang meliputi Malaysia dan sebahagian Indonesia seperti yang dipaparkan dalam teks Sulalatus Salatin, Hikayat Raja-Raja Pasai, Salasilah Melayu dan Bugis, Hikayat Hang Tuah dan sebagainya. Karya-karya beberapa sasterawan Indonesia misalnya, sudah tidak asing lagi di Malaysia. Malah sebahagian daripada teks-teks sastera dari negara Indonesia dijadikan sebagai teks utama dalam pengajaran di peringkat sekolah menengah, sekolah tinggi dan pengajian tinggi di Malaysia. Begitu juga dengan peranan individu, institusi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan seumpamanya yang bergerak aktif ke arah memperteguhkan ikatan negara serumpun yang sedia terjalin sejak ratusan tahun yang lalu. Antara lain, peranan sastera tersebut digerakkan oleh banyak pihak, termasuk melalui pemufakatan kerjasama kerajaan (G2G), sistem pendidikan, media massa, para penerbit, badan-badan bukan kerajaan (NGO), individu, kumpulan tertentu dan sebagainya.} }