TY - CONF UR - http://eprints.uny.ac.id/27708/ TI - CITRA PEGAWAI-PEGAWAI ISTANA VIETNAM TERHADAP SOSIO EKONOMI DAN BUDAYA MASYARAKAT DI NUSANTARA ABAD KE-19 AV - public T2 - 9th International Conference on Malaysia-Indonesia Relations (PAHMI 9) Faculty Of Social Sciences Yogyakarta State University ID - UNY27708 A1 - Dar, Ku Boon Y1 - 2015/// N2 - Gelora perebutan kuasa dan pertindihan geopolitik yang berlingkar antara kuasa-kuasa Barat di Selat Melaka dan Laut China Selatan pada abad ke-19 amat merimaskan istana Vietnam. Minh Mang (1820-1841), Maharaja Vietnam menyedari bahawa negaranya perlu mengambil iktibar atas kelicikan kuasa-kuasa Barat sehingga berjaya menjarah dan menguruskan sebahagian tanah-tanah jajahan mereka di Nusantara. Natijahnya, sejumlah pegawai istana telah diutuskan oleh Maharaja Minh Mang bertujuan merisik dan memperolehi maklumat mengenai sosio ekonomi dan budaya masyarakat di Nusantara. Justeru, kertas kerja ini cuba mengkaji catatan pegawai-pegawai istana tersebut seperti Le Quy Don, Phan Huy Chu, Cao Ba Quat dan Ly Van Phuc hasil kunjungan mereka ke Nusantara. Tumpuan kajian negeri-negeri di Nusantara ialah Giang-luu-la [Batavia], Tan-gia-ba [Singapura] dan Tan-lang-du [Pulau Pinang]. Kajian ini signifikan dalam proses dekoloniasasi historiografi Asia Tenggara agar rantau Nusantara dapat dinilai dari sudut pandangan dalam rantau itu sendiri. Kata kunci: Nusantara, Sosio ekonomi, Budaya, Vietnam, Malaysia-Indonesia ER -