TY - CONF Y1 - 2015/// N2 - Tradisi madam cukup sinonim dengan masyarakat Banjar, sekali gus membuktikan bahawa mereka sememangnya mempunyai kecenderungan yang kuat untuk merantau. Budaya madam atau merantau untuk memperbaiki taraf hidup dan menimba ilmu merupakan amalan yang lumrah bagi masyarakat alamMelayu. Beberapa kajian yang telah dilakukan terhadap masyarakat Banjar di daerah Kerian memaparkan bahawa mereka mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap aktiviti keagamaan, khususnya melibatkan institusi haji dan kecenderungan tersebut masih tegar sehingga kini. Maka tidak mustahil salah satu perkara yang menjadi faktor pendorong penghijrahan mereka ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu adalah untuk mengumpul wang bagi mengerjakan ibadah haji ke Tanah Suci Makkah. Penelitian terhadap sejarah pengerjaan haji di Malaysia jelas menunjukkan bahawa masyarakat Banjar merupakan antara kelompok terbesar jemaah haji yang mengerjakan ibadah tersebut saban tahun. Penglibatan mereka bukan hanya sebagai jemaah haji, tetapi sebahagian daripada mereka turut terlibat sebagai sheikh haji yang merupakan penggerak utama industri berkenaan sebelum tertubuhnya Sistem Muassasah. Perkara tersebut secara tidak langsung menunjukkan peri pentingnya peranan yang dimainkan oleh masyarakat Banjar dalam sejarah haji di Malaysia. Kata kunci: Haji, masyarakat Banjar, tradisi madam, daerah Kerian. A1 - Baharudin, Aiza Maslan A1 - Yaacob, Norazlan Hadi ID - UNY27704 T2 - 9th International Conference on Malaysia-Indonesia Relation (PAHMI 9) Faculty Of Social Sciences Yogyakarta State University TI - Masyarakat Banjar di Daerah Kerian: Tradisi Madam dan Penglibatan Dalam Institusi Haji AV - public UR - http://eprints.uny.ac.id/27704/ ER -